Minor Thesis

this is more like a diary, a reminder to me.

belajar dulu 12 semester. semester 8 kena buat minor thesis. rasanya kat malaysia sebut final year project. dengan susah payah, keringat, tenaga, kos tinggi, serta air mata (air mata ni, for real)
dulu samada pilih topik yg disediakan, atau topik sendiri. aku memilih topik sendiri. it was easy topic.

Bacterial Contamination of Door Handles of Toilets for Health Care Workers As Risk Factor of Nosocomial Infection in Hospital X
– pasal identify bacteria yg biasa menyebabkan penyakit yg boleh dijangkiti ketika berada di lingkungan hospital, dari tombol pintu tandas petugas kesihatan.

aku dapat supervisor dari department ilmu kesihatan masyarakat. org kata pensyarah dr dept ni semua nya garang dan serius. mmg pun. aku assigned to Dr. Sharon. berdebar juga la.

bila jumpa dia, aku tgk dia sgt berminat dgn topik aku. lepas habis diskusi pertama, aku proceed dgn arahan dia. everything went well. she was strict and serious, but it was all ok.

macam biasa,
Bab 1 – Research Background
-idea aku dapat senang je. kalau faham route of infection, tangan ni sarang bakteria. bayangkan, petugas kesihatan/ doktor, dr pesakit ke pesakit dia periksa, menyentuh pesakit, dan lain2 permukaan fizikal mcm meja, bed curtain, dan juga tombol pintu tandas. seterusnya bakteria yg ada di tgn boleh dipindahkan ke pesakit lain, seterusnya berpotensi utk menyebabkan pesakit lain dijangkiti kuman lain sewaktu berada di hospital.
hospital pula mcm2 kuman bahaya ada. apa lg pesakit yg sistem pertahanan tubuh lemah, juga kanak2. sbb tu byk hospital x bg budak2 naik ward lawat pesakit, kalau x perlu. sbb budak2 pun pertahanan tubuh masih belum develop sepenuhnya.

Bab 2 – Literature Review
-yg ni paling sukar dan byk memakan waktu serta usaha. baca macam2 textbook, journal, utk cari point yg boleh support idea dr research aku.
-terhutang budi betul aku dgn Dr. Sharon, sbb dia fotostatkan material yg aku perlu, for free, serta journals berbayar.
-aku takut sebenarnya, sbb dia betul2 support projek aku, so aku xnak mengecewakan dia, atau buat ala kadar.
-dgn susah payah, managed utk siapakan literature review lebih 20m/s

Bab 3 – Methods
-yg ni agak basic. sbb methods y aku perlukan:
– dr beratus toilet di hospital tu, aku select random dgn random-sampling yg valid. sbyk 30. aku pun x tau knp 30, sbb tgk seniors byk buat sample utk research lebih kurang, 30.
Dr. Sharon pesan kat aku utk cari reference sah kenapa 30. aku try cari, x jumpa yg betul2 meyakinkan. dia ckp xpa, tp mungkin problem nanti bila seminar. panel examiner akan tanya.
– dpt sampel, aku swab tombol pintu tandas, masuk transport media supaya bakteria x mati, bawa pergi lab, “tanam” bakteria ni atas agar-agar khas utk bakteria tumbuh lebih banyak, lepas tu ada test utk kenal pasti species bakteria.

-ceritanya, aku kena travel 2 jam dr kampus utama utk ke hospital X. ok, first time aku sampai Hospital X, byk gila manusia. aku ada agoraphobia (phobia tpt terbuka dan byk manusia). aku sesak nafas, rasa nak pengsan. aku pergi dinding, bersandar, nangis lol.
aku sampai call Dr. Sharon, minta tukar topik sbb aku panik. dia berjaya tenangkan aku. gila semata2 phobia, aku nak tukar topik. dah la dah siap sampai chapter 3 projek aku ni. aku buat 2 round. each round 15 sample.

-lepas tu aku ada meeting dgn Dr. Sharon lagi. dia puas hati dgn progres projek aku. dia sgt berminat, lepas tu tanya aku boleh tambah sampel lagi 30, so total 60. sbb dia kata lebih byk sampel, result aku lebih valid. setuju.
tapi aku diam jap. sbb proses dia agak panjang, dan mahal. utk 30 sampel, aku habis rm600.
aku cakap kat dia, ada keterbatasan dari dana/modal.
dia cakap, kalau aku setuju, dia boleh sponsor aku. OMG. aku rasa makin sedikit beban. sbb kalau dia keluar duit lg utk aku, aku rasa makin sedikit tertekan sbb aku ada tanggungjawab lebih utk pastikan projek aku betul2 sempurna.
aku tolak dgn cara baik tawaran dia. dia kata its ok.

Kenapa Aku Nangis?

– so aku dgn tak cukup tidurnya, stress pasal nak selesaikan projek ni, apa lagi aku dah siap kan dekat 40m/s, semuanya lesap begitu saja. da la dalam masa yg sama, semester 8 tu kami kena redah macam biasa, kelas, tutorial, lab, lectures, berjalan spt biasa. mmg kena juggling habis lah utk selesaikan semester 8.
– aku konfiden time tu my laptop will never have problem. aku ada 1 backup dlm thumbdrive. sekali tu aku on laptop aku. skrin keluar mesej ERROR. aku panik gila. so mmg laptop aku harddisk crashed. semua hilang. dari bab 1 sampai bab 3. ok aku dah bergenang air mata.
-lepas tu aku baru igt, yg thumbdrive aku hilang di cc.
-aku mmg nangis teruk woiiii!!! berbulan aku spent utk selesaikan semua tu. bodoh bodoh nya aku bodoh. salah aku la kan? x backup banyak, x backup sent pi email, x backup. argh sapa aku nak salahkan lain dr aku sendiri?
sempat murung. aku inform Dr. Sharon, dia suruh aku bersabar.
aku fikir dah time tu, memang aku kena extent 1 semester utk selesaikan projek ni. sbb mcm tak sempat. teruk betul aku time tu.
-tapi aku xnak extend. so aku start dr awal, untuk tulis semula semuanya. alhamdulillah, aku dpt selesaikan, bersama dgn methods, ekperimen, results, conclusion, dah edit cantik2 format, submit projek utk seminar dgn panel.

Aku Nangis Buat Kali Yang Kedua

-sebelum ujian, Dr. Sharon pesan, Thesis yg bagus adalah thesis yg tidak menimbulkan keraguan. bila ditanya soalan, aku boleh jawab dgn merujuk kepada thesis yg dah print, bind cantik2 tu. aku mengerti. tp dia masih sedikit risau pasal kenapa sampel 30. tp aku pun dah malas nak cari kenapa sampel 30.  hoho

-seminar ujian. aku present cukup dibawah waktu yg ditetapkan. panel examiner mula tanya soalan. setiap soalan aku bg jawapan dr thesis aku. “berkenaan soalan dokter, itu boleh dirujuk pada thesis ini, di muka surat sekian2”. aku tgk panel dah setuju, angguk2 semuanya. sampai satu dokter ni, dia tanya “dari mana kamu dpt kalau sampel harus 30?” haha. of course la aku x dpt jawab.
-masing2 panel seterusnya komen, semua memberi komen positif. aku diminta keluar dari bilik tu kejap utk mereka memberikan nilai. aku dipanggil masuk semula.
-aku diberitahu yg aku dapat markah 92%. ya Allah. rasa nak nangis lagi,
sbb at that moment aku teringat susah payah aku redah projek ni, byk dugaan, dgn phobia aku, dgn projek yg lesap sebab takda backup, dgn duit yg banyak, dgn lain2 usaha aku. sungguh aku tak sangka.

-lepas ucap terima kasih, aku blah dr bilik tu. ada kawan2 aku diluar tunggu giliran. mereka tanya aku how was it? tiba2 ada satu dokter panel di belakang aku tepuk2 bahu aku, dia cakap kat kawan2 aku. “his presentation is the best so far”.
rasa jatuh jap jantung aku dapat appreciation sampai macam tu sekali.

Aku Tak Sangka

lepas setahun lebih, Dr. Sharon email aku, kalau aku boleh send dia copies projek aku dlm bentuk word.doc dan .pdf.
dia sampaikan kat aku kalau boleh dia nak gunakan projek aku utk kuliah dia kepada post-grad students dalam Kesihatan Masyarakat/ Public Health.
perasaan aku waktu tu sgt ekstatik. aku rasa bersyukur dgn segala usaha dan masalah yg aku tempuh sepanjang menghasilkan projek ni, tidak sia2. malah digunakan sbg material kuliah supervisor aku utk students dia. syukur lah.
sampai skrg aku masih berhubung dgn Dr. Sharon. aku sgt menghormati dia. selain meeting dgn dia diskusi ttg projek aku, dia banyak mengajar aku tentang kehidupan yg bermakna.

Terima Kasih Dr. Sharon, dan semua pensyarah, kawan2, petugas Hospital, lab assistant, kawan2, dan semua yg telah membantu aku. Hanya Tuhan yang mampu untuk membalas jasa kalian semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s